Wednesday, 18 December 2013

Ketahui Bila Masa Bayi Lapar Susu

Menyusu bayi merupakan perkara yang menjadi perhatian utama para ibu. Oleh itu, para ibu perlu mengetahui cara penyusuan yang tepat dan mengenali tanda-tanda bayi yang ingin menyusu.

  • Jika bayi anda mulai menghisap ibu jari, merengek atau meliuk-liuk tubuhnya,itu bererti waktunya untuk menyusu. Jangan biarkan hingga bayi anda menangis. Mulut bayi yang menangis lebih menyukarkan ia melekat pada puting.
  • Menyusui bayi seharusnya tidak menimbulkan rasa sakit atau tidak selesa, baik pada ibu mahupun pada bayi. Apabila anda merasa sakit, kemungkinan proses menyusui belum berjalan dengan lancar. Segera dapatkan konsultasi daripada kaunselor penyusuan untuk teknik penyusuan yang tepat. Kekangan dalam aktiviti menyusu seperti rasa sakit akan membuat seorang ibu merasakan penyusuan susu ibu itu sebagai sesuatu yang sukar.
  • Jika anda ibu bekerja dan mahu mengajar bayi minum susu ibudaripada botol, anda disarankan untuk tidak berada dalam ruangan yang sama dengannya. Bagi bayi, payudara ibunya lebih digemari berbanding botol susu.

    Pantau berat bayi
    American Academy of Pediatrics(AAP) mencadangkan agar ibu menyusukan bayi sebanyak lapan hingga 12 kali sehari,bergantian antara payudara kanan dan kiri. Namun bukan mudah menjayakan penyusuan susu ibu secara eklusif.
    Ini kerana ada bayi yang menyusu lebih daripada 12 kali sehari atau di tengah proses menyusu, bayi tertidur sedangkan anda belum sempat memberikan payudara yang sebelah.
    Namun begitu ada pandangan yang mengatakan ramai bayi sihat yang menyusu tanpa mengikut kepada panduan yang sering dicadangkan. Kekuatan menyusu dan daya hisap bayi dapat mempengaruhi jumlah susu ibu yang diminum. Contohnya bayi anda mungkin boleh menghisap susu ibu lebih banyak dalam masa tujuh minit, sementara bayi yang lain memerlukan masa sehingga 15 minit.
    Jadi bagaimana untuk mengetahui sama ada bayi anda mendapat susu ibu yang mencukupi ? Jawapannya ialah selagi kadar bayi membuang air kecilnya normal (minimum enam kali sehari) dan bayi dalam keadaan sihat, ini menunjukkan bayi anda mendapat cukup susu.
    Ibu juga boleh memantau berat badan bayi. Anda tidak perlu bimbang jika bayi tidak mengalami penurunan berat badan lebih daripada 10 peratus berat sewaktu kelahirannya.
    Sebaiknya anda harus berwaspada apabila mendapati bayi anda hanya menyusu kurang daripada 10 minit setiap kali menyusu, kekerapan membuang air kecil kurang daripadaempat kali sehari dan kulit bayi masih berkerut walaupun usia sudah lebih daripada satu minggu.

    [Tip] EKLUSIF 6 BULAN
    Perkara berikut perlu dilakukan oleh ibu semenjak hamil agar berjaya menyusukan bayi secara eklusif selama enam bulan dan meneruskannya sehingga bayi berusia dua tahun.
    • Percaya diri bahawa anda dapat menyusukan bayi.
    • Mencari maklumat bersama suami mengenai manfaat susu ibu, teknik menyusu, teknik memerah dan sebagainya.
    • Mencari kaunselor dan pendukung penyusuan susu ibu, ikuti juga komuniti ataupun forum agar anda dapat berkongsi pengalaman dengan para ibu.
    • Melahirkan bayi anda di hospital yang menggalakkan penyusuan susu ibu.
    • Segera menyusukan bayi selepas di lahirkan.
    • Tidak memberikan cecair lain selain susu ibu.
    • Lakukan perahan setelah dua minggu melahirkan bayi untuk dijadikan stok semasa anda keluar bekerja kelak.
    INFO
    BAYI LEBIH CERDAS
    • Dikatakan 36 peratus kecerdasan bayi disumbangkan oleh penyusuan susu ibu. Ternyata susu ibu meningkatkan perkembangan otak yang seterusnya meningkatkan kehidupan sosial mereka kelak. Dengan menyusu susu ibu juga, bayi menunjukkan kurang tanda-tanda tekanan.
    (sumber MW 1569)

    Apa yang dicadangkan dalam shaklee untuk membantu meningkatkan susu ibu


    ** This product is not intended to diagnose,treat, cure or prevent any diseases **

    ESP Soy Protein Isolate Powder - Membantu ibu kekal bertenaga sekaligus mencegah migrain, insomnia, dan tekanan - Merupakan ‘Milkbooster’yang membantu kelancaran penghasilan susu dengan cepat, dan pekat - Membaiki pigmentasi dengan menjadikan kulit ibu lebih anjal dan berseri

    Alfafa Complex - Juga bertindak sebagai "milk-booster" - melegakan / mengelakkan sakit sendi dan belakang - Menghilangkan kelesuan dan tekanan - Membantu masalah penghadaman dan pencernaan - Melegakan sembelit - Menyingkirkan lemak dan kolesterol - Membuang angin dalam badan -Membantu masalah keputihan 

    Vitalea (Multivitamin) - Membantu membekalkan tubuh badan dengan nutrisi yang secukupnya agar sentiasa cergas, sihat dan bertenaga - Diformulasikan dengan zat besi yang membantu ibu yang menghidapi anemia/kurang darah 

    B-Complex - Membantu meningkatkan tenaga, serta melegakan kepenatan/kelesuan dan tekanan kerana vitamin B berperanan untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga - Membantu memberi mood yang baik dan tenang serta meningkatkan fokus sekaligus membantu kelancaran pengeluaran susu - Penting untuk kecantikan juga kerana vitamin B memelihara kulit dari dalam. 

    Sustained Release Vita C - bertindak sebagai anti-oksidan serta berperanan untuk menjadikan kulit yang cantik dan anjal kerana vitamin menggalakkan / merangsang pembentukan kolagen dalam badan - Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan supaya ibu dan bayi tidak mudah diserang penyakit - Merangsang pembentukan sel-sel baru bagi mempercepatkan penyembuhan luka.

    Ostematrix (Kalsium) - Keperluan kalsium yang secukupnya sangat penting untuk menghasilkan susu dengan cepat, banyak dan berkualiti kerana kandungan utama susu adalah kalsium dan protein. - Membantu menghilangkan sakit-sakit yang berkaitan sendi dan tulang. - Membantu ibu berasa cergas dan bertenaga - Membantu Mengelakkan darisembelit.

    untuk keterangan lanjut, boleh hubungi nira,
    Call/Text/Whatsapp : 0199582426
    BB Pin : 24EBB405
    COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh dan penghantaran seluruh Malaysia

    Salam Sayang, Ummi Naufal =)

    Post a Comment
    Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
    Designed by UMIESUEstudio 2016