Thursday, 26 December 2013

Dihantui SISTA OVARI

Menderita sesuatu penyakit tidak pernah mengenal siapa orangnya. Segigih manapun kita menjaga kesihatan, belum tentu boleh terselamat daripada hunian penyakit moden yang kian menjadi-jadi.

Sista merupakan sejenis ketumbuhan yang mengandungi cecair berupa darah atau cecair berminyak. Kebanyakan wanita amat mengambil berat terhadap sista ini disebabkan kebimbangan mereka kepada kanser ovari. Namun satu perkara yang perlu diingat, kebanyakan sista ovari ini bukanlah ketumbuhan kanser. Walau bagaimanapun,sebahagian daripada sista benigna memerlukan rawatan jika ia tidak hilang dalam tempoh tertentu. Hanya dalam beberapa kes yang kecil, ia bertukar menjadi kanser.

Apa yang mengejutkan, hampir semua kes sista ovari ini akan hilang beransur-ansur tanpa memerlukan rawatan. Oleh kerana kebanyakan dari sista ovari adalah benigna (bukan kanser), kewujudan sista ovari biasanya tidaklah membimbangkan.

GEJALA

  • Terasa sesak atau bengkak dalam abdomen.
  • Berat badan bertambah.
  • Sakit yang tidak menyucuk dan berlaku berterusan sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah pelvis.
  • Kesakitan semasa melakukan seks.
  • Haid tertunda,tidak teratur atau sakit.
  • Semakin banyak timbulnya bulu roma di muka.
  • Terasa sangat sakit yang menyucuk dalam abdomen,deman,dan/atau muntah. Kemungkinan ini disebabkan oleh sista yang berdarah kerana telah pecah atau terpintal/terpusing.
JENIS
Sista Fungsi
Jenis ini sangat lazim berlaku. Ia dikaitkan dengan kelainan dari fungsi ovari yang normal. Contohnya ia terbentuk apabila telur cuba dikeluarkan seperti dalam proses pengovulan biasa. Ia mungkin berlanjutan sehingga 4 atau 6 minggu. Sista ini jarang merembeskan hormon.

Sista Folikel dan Korpus Luteum
Terbentuk apabila folikel yang menghasilkan telur dalam ovari membesar dan dipenuhi cecair. Sista korpus leuteum merupaka jisim tisu berwarna kuning yang terbentuk daripada folikel selepas proses pengovulan. Sista jenis ini timbul dan hilang setiap bulan. Ia dikaitkan dengan fungsi normal ovari.

Sista abnormal atau sista neoplasma
Terjadi kesan dari pertumbuhan sel dan kebanyakannya merupakan ketumbuhan benigna. Dalam beberapa kes tertentu,ia boleh menjadi kanser. Sista yang abnormal ini memerlukan rawatan perubatan daripada pakar.

Oleh kerana sista ovari biasanya tidak menunjukkan gejala, adalah penting bagi wanita yang pernah menghidap tumor ovari melakukan pemeriksaan pelvis secara berkala. Wanita yang pernah mengalami sista ovari mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatnya lagi di masa hadapan.

Sentiasa mendapatkan nasihat doktor dengan segera jika anda mengalami sebarang rasa sesak, tekanan atau kurang selesa di bahagian pelvis. Lebih cepat sista itu dikesan dan dirawat maka lebih besarlah peluang anda untuk sembuh.

PENGESANAN
Ultrabunyi
Alat ini menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan gambar atau imej organ dalaman dengan meletakkan satu alat diatas abdomen atau memasukkan alat tertentu ke dalam faraj.

Laparoskopi
Satu pembedahan kecil yang dilakukan untuk membolehkan doktor melihat struktur dalam abdomen anda.

Ujian darah bagi mengesan tumor
Ujian ini akan dilakukan jika doktor mensyaki adanya malignasi.

Sesetengah sista akan hilang begitu sahaja dalam masa satu hingga dua bulan tanpa dirawat. Jika tidak sembuh, pembedahan mungkin diperlukan untuk membuang sista tersebut. Jika sista itu dapat dikesan lebih awal, ia mungkin memerlukan pembedahan yang kecil dan sista itu mungkin dibuang tanpa melibatkan ovari.

FAKTOR PENYEBAB SISTA OVARI
  1. Ketidakstabilan hormon
  2. Genetik
  3. Diet yang kurang sihat
RAWATAN
Kebiasaannya doktor menyarankan kita untuk tunggu dan lihat. Sista boleh mengecil dan mengecut dengan sendiri. Rawatan hormon juga boleh membantu mengawal sista. Namun, jika ia makin membesar dan berubah bentuk, doktor akan mengesyorkan untuk membuang sista bagi mengelakkan sista pecah sendiri dan mengakibatkan pendarahan dalaman yang teruk.

Untuk membantu pesakit sista ovari, supplemen yang sering disyorkan adalah GLA COMPLEX. Dimana ianya efektif untuk mengawal keseimbangan hormon.

** This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases **

Apakah Gla Complex Shaklee
GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin-bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara intergriti sel.

Antara Kebaikan GLA Complex Shaklee
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Melegakan PMS.
  • Memabntu dalam menangani menopous.
  • Menguatkan kuku dan rambut.
  • Membantu menangani enzema.
  • Melegakan simpton akibat Rhematoid Artritis.
  • Mengandungi Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
  • Menguatkan immuniti badan.
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Mengurangkan "blood clot" yang menyebabkan serangan jantung.
  • Mengawal kencing manis.
  • Mengawal kolestrol.
  • Bagus untuk saraf.

♛❋ Untuk keterangan lanjut,boleh hubungi saya ♛❋

Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)

Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016