Thursday, 26 December 2013

Dapatkan Tubuh Idaman : Jauhi 9 kesalahan ini

Kenyataannya,badan yang langsing,seksi dan menarik adalah idaman setiap wanita. Ada yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menurunkan berat badan. Malah, ada yang menggunakan jalan singkat dalam berdiet sehingga membahayakan nyawa.

"Alamak ! Naik lagi.. Pakaian pun banyak dah ketat. Padahal aku dah berdiet ni.... "

Menurut Journal of the America Dietetic Association,kebanyakan wanita cuba melewatkan waktu makan dan mengambil pelbagai jenis ubat pelangsingan untuk menguruskan badan. Diet ini boleh menyebabkan anda kekurangan kalsium dan zat besi serta mudah terkena serangan penyakit.

APA SEBABNYA ?
Menurut sheknows.com, terdapat beberapa kesalahan diet yang dilakukan tanpa anda sedari. Mungkin anda juga sedar akan penyebabnya.

1. MELAMBATKAN WAKTU MAKAN

  • Badan anda kekurangan nutrisi selepas berpuasa selama 8 jam (tidur). Jika anda melambatkan makan pagi sehingga badan tidak menerima jumlah nutrisi yang diperlukan, proses metabolisme tidak lancar dan membuatkan anda makan lebih banyak pada waktu tengahari.
2. MAKAN KERANA MARAH
  • Ketika anda dalam emosi tertentu seperti marah.stres dan risau, anda lebih cenderung untuk makan tanpa berfikir panjang. Makanan yang menjadi pilihan sudah tentulah makanan manis dan segera seperti coklat,pizza, gula-gula dan sebagainya.
3. TIDAK CUKUP TIDUR
  • Sudah mengikut program diet dengan sukses tetapi berat badan tidak juga turun. Adalah lebih baik jika anda memeriksa kualiti dan kuantiti tidur anda. Kurang tidur boleh membawa kepada stres dan meningkatkan pengeluaran hormon kortisol. Inilah yang membuatkan anda sukar untuk menurunkan berat badan.
4. DIET TERLALU KETAT
  • Demi diet,anda sanggup tidak mengambil makanan kegemaran anda seperti coklat, aiskrim, keju, snek dan sebagainya. Namun,ia mungkin hanya bertahan selama beberapa minggu sahaja dan lama kelamaan anda tidak sabar untuk memakannya. Akhirnya,anda pasti akan makan dengan sebanyak-banyakknya.
5. MUDAH MENYERAH KALAH
  • Sampai satu tahap, anda mula rasa bosan dengan diet yang anda lakukan. Sehinggakan anda terfikir untuk berhenti diet dan meyerah kalah.
6. YAKIN TIDAK PERLU BERSENAM
  • Sesetengan berpendapat bahawa senaman tidak terlalu membantu dalam mengurangkan berat badan. Tetapi, anda tidak boleh meninggalkan terus aktiviti ini terutamanya ketika berdiet. Selain untuk menurunkan berat badan, senaman dapat menambah tenaga,menguatkan tulang dan sebagainya.
7. NYAHKAN LEMAK BADAN
  • Anda tidak boleh terus menghilangkan semua lemak dalam badan. Ini kerana, anda perlu mempunyai sumber lemak sihat untuk tenaga yang berpanjangan, memperlambatkan pencernaan dan rasa kenyang lebih lama. Sememangnya lemak boleh membantu mengurangkan lemak boleh membantu mengurangkan berat badan tetapi jangan mengurangkan lemak sebarangan.
8. KURANG KALORI TERLALU BANYAK
  • Keadaan ini boleh menyebabkan diet Yoyo. Memulakan dengan diet ekstrem boleh mengurangkan berat badan dengan cepat. Keadaan ini boleh menurunkan kadar metabolisme dengan cepat dan menimbulkan masalah yang lain pula.
9. KURANGKAN KARBOHIDRAT
  • Diet dengan mengurangkan kerbohidrat dapat menurunkan berat badan secara drastik. Tetapi, ia juga boleh menyebabkan anda kehilangan air dalam badan. Kesannya, boleh mengurangkan tenaga anda, tiroid yang rendah dan masalah lain.
AKIBAT DIET YANG SALAH
Diet yang salah boleh menimbulkan pelbagai penyakit sehingga mengancam nyawa kerana badan tidak dapat nutrisi yang mencukupi. Beberapa kesan akibat diet yang salah :

KELETIHAN
  • Anda yang menjalani diet salah mudah mendapat anemia kerana badan kekurangan nutrisi. Untuk mencegahnya,ambilah makanan yang sihat yang terdiri daripada protein,karbohidrat,zat besi dan mengurangkan makanan serta minuman yang berkafein.
SEMBELIT
  • Keadaan ini mudah dialami oleh anda yang salah berdiet dan tidak bersenam dengan cukup. Seseorang yang kekurangan cecair dalam badan mudah mendapat sembelit yang kronik. Hal ini boleh diatasi dengan air yang secukupnya,mengambil sayuran dan biji-bijian.




HILANG INGATAN

  • Hasil penelitian di Medical University of South California dan Arizona State University mengatakan pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu yang tinggi dan kolestrol boleh menyebabkan kurang ingatan. Ini disebabkan oleh pandangan otak dan kerosakan struktur protein yang berfungsi pada sel saraf.
MASALAH GIGI
  • Bakteria yang ada dalam gula atau kanji menempal pada gigi dan akan merosakkan enamel gigi. Diet yang mengurangkan nutrisi boleh membahayakan seluruh sistem imunisasi badan. Kesannya,penyakit gusi semakin parah dan sukar untuk disembuhkan.
DIABETIS
  • Salah memilih menu diet menjadi penyebab utama peningkatan risiko obesiti dan diabetis.
ADA LAGI !!
Anda tidak merasai perubahan sedangkan sudah melakukan diet. Kadang-kadang perkara yang kecil pun boleh menggagalkan diet anda.
  • Pengambilan makanan yang telah diproses. Walaupun hanya makan sayur terutamanya yang dibekukan atau di dalam tin,ia boleh mengganggu diet anda.
  • Pengambilan dan sayur yang dijangkiti racun perosak. Ia bukan membuatkan anda semakin sihat tetapi boleh jatuh sakit. Pilihlah syuran organik yang sennag didapati di pasaraya. Pastikan anda membasuh bersih sebelum dimakan.
  • Kurang minum air putih sedangkan air putih dapat membantu menurunkan berat badan.
  • Membeli dan menyimpan makanan dalam plastik boleh menyebabkan bakteria merebak. Lebih baik anda menyimpan makanan di dalam bekas makanan berbanding plastik.
  • Hanya mengurangkan pengambilan makanan dan tidak langsung bersenam boleh mmebuatkan badan anda semakin gemuk. Ini kerana lemak di dalam badan tidak terbakar tanpa bantuan senaman.

♛❋ Untuk keterangan lanjut,boleh hubungi saya ♛❋

Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)

Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016