Saturday, 28 December 2013

Cara Sihat Tambah Berat Badan

Wanita sangat prihatin kepada bentuk tubuh mereka. Bagi individu berbadan gempal, pastinya tubuh langsing menjadi idaman. Oleh itu,pelbagai usaha dijalankan bagi mengembalikan tubuh ke bentuk asal persis anak dara. Perkara yang sama juga berlaku ke atas wanita yang mempunyai badan terlalu kurus. Mereka juga bercita-cita menaikkan berat badan agar tubuh kelihatan menarik.

Bagaimanapun, usaha menaikkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah. Ramai berpendapat mereka hanya perlu makan dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya apa yang dikatakan itu tidak benar sama sekali. Ini kerana, mengambil makanan tanpa kawalan hanya akan memburukkan lagi keadaan..
Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan bagi menaikkan berat badan dengan kaedah selamat dan sihat.

AMBIL NUTRISI

  • Menambah berat badan tidak bermakna anda perlu kerap mengambil makanan berlemak. Ingat,bahawa anda bukan hanya ingin menambah berat badan tetapi cuba menaikkan otot. Makanan berlemak tidak digalakkan begitu juga dengan makanan ringan.
  • Sebaiknya pilihlah makanan yang sihat dan mengandungi lemak, karbohidrat serta nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh. Mungkin dengan mengambil susu,ikan salmon,daging ayam,pasta,keju,telur serta produk-produk yang mengandungi krim dan protein seperti mana diinginkan. Oleh itu, pilih makanan yang mempunyai nutrisi, tidak hanya kalori tanpa zat-zat yang diperlukan.

RAJIN BERSENAM
  • Sekiranya anda beranggapan bahawa senaman hanya boleh menurunkan berat badan, pertimbangkannya semula. Sebenarnya senaman yang dijadikan rutin memainkan peranan besar menaikkan  berat badan. Sebaiknya, mintalah bantuan daripada mereka yang lebih pakar berkaitan senaman seperti yang disediakan di pusat-pusat gimnasium. Dengan pengetahuan yang dimiliki sudah pasti mereka lebih arif mencadangkan senaman-senaman yang boleh dipraktikkan untuk menaikkan berat badan.
  • Bagi mendapatkan kesan lebih cepat,amalkan minuman yang kaya dengan protein seperti coklat smoothie sebaik selesai melakukan senaman.
DAPATKAN TIDUR TERATUR
  • Ramai mengambil mudah perihal tidur. Oleh kerana terlalu sibuk dengan urusan harian maka ia sering diabaikan. Meskipun senaman dan menjaga pemakanan telah dilakukan tetapi jika waktu tidur tidak teratur maka ia hanya akan mengagalkan misi sebenar. Anda perlu dapatkan waktu tidur yang cukup sekiranya ingin menambah atau mengurangkan berat badan. Jangan sesekali mengambil mudah perkara ini.

♛❋ Untuk keterangan lanjut,boleh hubungi saya ♛❋

Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)

Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016